Monday 7 November 2011

Ibu berniat bunuh bayi

Hi readerzzzz...

Pg td fie bce paper on9. Berita utamanye is kes biase yg semakin menular dikalangan rakyat Malaysia iaitu berkenaan dgn buang dan bunuh bayi. hurm..mcm biasela bile kes2 macam niy terpapar di dada2 akhbar ramai readerz akan merasa sedih,kesian,kecewa dan marah termasuklah fie.. yerla..cube u olsss pk..yg pmpuan niy..kalo x mo beby 2 sekalipon, pegilah bagi pada rumah anak2 yatim ke ,laki bini yg x dapat2 anak ke kan..dr ko buang cmtu..ingat tulang ikan ke...haiwan pn ade hati perot kan..ishhh x patot betol.. kecian kat beby cumel tu...ok la u olsss..jom kite bace berita dr hmetro on9 niy k..
(gambar hiasan)
NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.
Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.
Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.

sumber : hmetro online


Lots Of Luv, Me!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...