Friday 4 November 2011

Racun berbahaya di kesan dalam produk kosmetik cream whitening sensual

Hi readerzzzzz~


Nk cte ckit sumber yg aku dpt sal produk kecantikkn yg ley membahayakan mereka yg menggunakannye. Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan “Cream Whitening Sensual” berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu. Produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang berbahaya dan boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. 
Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam.
Kesan penggunaan produk tersebut boleh menyebabkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit pengguna dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang. Wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan merkuri, tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus yang boleh mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Lots Of Luv, Me!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...