Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 11 November 2011

Bgs ke x ade payudara yg kecil niy???

Hi readerzzz...

U olsss tau x yg byk kelebihannye org yg ade payudara kecil niy even skunk niy gurlz2 kat luar sne sibok dok besarkn payudara dowg dgn pembedahan la...suntikanla...da mcm2 lagi bg mencapai kepuasan diri dan meraih perhatian dr si jejake..kdg2 perhatian gurlzzzz pn teralih ke arah mrk..ala2 mate nk terjojol kuar gitewww..kih3..


kecil

or
besar

Agak2la kn..ne yg org lagi sukew..kui3..len mcm lak fie tgk yg besar tu..pelik kit..huhu..Huhh!!meleret2 lak fie niy kn..ok..jom la kte layannnn npe payudara kecil niy byk kelebihannye...check it out!!!

1. Dapat mengelak gangguan seksual
Setuju tak??aku setuju sangat sebab kalau biasa2 je takde la orang nak pandang2 sangat kan??kadang2 naek seram bile laki pandang pompuan atas bawah..begitu teliti sekali pandangannya. Bila tak tahan tengok mula nak meraba..parah nie..so dapat la kita elakkan or kuranglah sedikit risiko nie..sory la ek..aku celoteh tak susun ayat kot..hehehe
2. Kepuasan seks lebih cepat
Mengikut kajian payudara yang kecil lebih sensitif dan lebih mudah terasa terhadap rangsangan. So, prosesnya akan berlaku dengan lebih cepat..nak cte lebey2 cm kontrobersi plak....tnye en google la eh..hehe~

3.Berpakaian kelihatan lebih sopan
Mengapa jadi begini??mane taknye cube korang bayangkan..renungkan kalau perempuan berpayudara kecil dan montok berpakaian..tentu ada bezanya bukan??haish!!sudah la korang jangan bayangkan yang bukan-bukan pulak..kalau pakai baju mesti susah nak pilih ketat sini la situ la....sopandai2lah tutup yer..tutup pki pe fie?haha..pkila pape pon yg pntg jgn tudung saji..mmg kena senduk ngan mak u olss..kih3..

4.Tidur pelbagai posisi
Ye la bagi yang memiliki payudara kecil nie mesti tak ade masalah nak tidur macam mane pon seperti tidur meniarap tu..agak sukar dilakukan oleh golongan yang memiliki payudara yang montok..so lagi mudah la nak tidur or nak berguling-guling sekalipon..huhu..


5. Selesa walaupon tanpa Coli
Memiliki payudara kecil tentu tidak bermasalah sekalipon tanpa mengenakan coli kerana tidak perlu bimbang dengan keadaan payudara anda kerana bukan masalah besar bagi yang bersaiz kecil nie..Kalau memiliki payudara yang montok dan besar tentu sukar dan sudah pasti kehadiran coli sangat diperlukan untuk support payudara. Bercoli untuk tempoh masa yang lama berisiko utk mndapat kanser payudara ..so pastikan memakainya tidak terlalu lama..

6. Dapat elak dr di culik or di ragut
Hah??knp plak ? sbbnye..if payudara kite kecil...kalo org ragut kte..kte ley kejar ala2 atlet gitew...yela kecik kn..compare payudara besar...hadoi....ssh..bergegar dunia if lari...kui3..Samela jugak ngn kes culik...senang nk lari dr penjenayah kn if payudara kecik...lari pecut lagi..hehe...
So..renung2kan dan slmtla semua yer..jgn otak kuning plak... kui3

Bubyeee...

Lots Of Luv, Me!

Friday, 4 November 2011

Racun berbahaya di kesan dalam produk kosmetik cream whitening sensual

Hi readerzzzzz~


Nk cte ckit sumber yg aku dpt sal produk kecantikkn yg ley membahayakan mereka yg menggunakannye. Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan “Cream Whitening Sensual” berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu. Produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang berbahaya dan boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. 
Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam.
Kesan penggunaan produk tersebut boleh menyebabkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit pengguna dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang. Wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan merkuri, tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus yang boleh mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Lots Of Luv, Me!

Thursday, 3 November 2011

Okey!! Wanita kat luar sne..kena bace k ^^

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Lots Of Luv, Me!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...